Truetech Men Solutions Sdn. Bhd. memperkenalkan Moze Herbs, produk kesihatan yang telah diakui keberkesanannya sejak zaman-berzaman. Kini ia tampil dengan botol baru yang lebih menawan dengan kualiti terbaik tanpa kompromi.


Moze Herbs diformulasi dari perubatan tradisional yang membantu merawat masalah gout, sakit sendi & resdung. Penyakit Gout & Sakit Sendi berkait rapat dengan kandungan asid urik dan  kolestrol yang tinggi dalam badan anda. Apabila kandungan asid urik dan kolestrol tinggi di dalam badan,  maka kesihatan akan terjejas sedikit demi sedikit.

Peringkat awal, anda sering berasa sangat letih, sukar tidur atau terlalu cepat tertidur, sukar bangun pagi, mual, rasa pening, sakit tulang belakang dan banyak lagi. Seterusnya pergerakan badan akan mula merosot sedikit demi sedikit. Akhirnya menyebabkan produktiviti semakin merosot.

Peringkat seterusnya jika terus diabaikan simtom ini, kesihatan anda akan menjadi lebih teruk, malah bentuk fizikal tubuh badan boleh berubah menjadi cacat seperti sendi-sendi pada jari tangan dan kaki membengkak yang boleh bersifat kekal jika lambat dirawat.


Adakah anda mengalami perkara seperti di bawah?

“Kepala selalu rasa pening terutama pada tengkok belakang dan bahu? Rasa tegang dan lenguh-lenguh?”

“Badan terasa lenguh-lenguh walaupun tidak melakukan kerja yang berat. Bila duduk lama sikit mulalah rasa kebas-kebas pada kaki. Sewaktu bangun dari tidur rasa letih sakit badan seperti baru lepas berlari berpuluh kilometer. Asyik rasa mengantuk dan pitam”

“Sendi-sendi badan rasa sakit. Terutama pada pergelangan kaki. Bila hendak memijak rasa sendi itu macam dicucuk jarum.

Jika anda mengalami perkara di atas bermakna kandungan asid urik & kolestrol dalam badan anda adalah tinggi. Lakukanlah pemeriksaan darah dan air kencing dengan segera di mana-mana klinik berhampiran sekarang.


Nenek moyang kita dahulu jarang terkena penyakit gout dan sendi. Malah ramai yang kelihatan sihat & mampu berkebun walaupun diusia lewat. Antara sebabnya adalah mereka mengamalkan herba-herba tradisional yang terbukti berkesan merawat masalah itu.

Dengan teknologi terkini, anda juga boleh mendapatkan faedah herba-herba tersebut tanpa perlu bersusah payah merebus daun dan akar kayu seperti generasi terdahulu. Truetech Men Solutions telah mengformulasi campuran 4 herba terpilih dalam bentuk pil menjadikan ia lebih mudah diamalkan bila-bila masa.

4 Herba Utama Di Dalam Moze Herbs:

4 herba utama inilah yang menjadikan Moze Herbs sangat mujarab membantu merawat penyakit gout, sakit-sakit sendi dan resdung. Malah mengikut pengalaman pengguna-pengguna Moze Herbs, ia sangat membantu dalam mengembalikan tenaga setelah letih bekerja atau bersukan.

Antara kelebihan Moze Herbs yang paling menakjubkan, ia dapat mengurangkan rasa mengantuk. Oleh itu jika anda ingin melakukan aktiviti seharian seperti bekerja, berolahraga & memandu tanpa dihambat rasa mengantuk, ambil Moze Herbs sebelum melakukan aktiviti-aktiviti tersebut.


Lihat apa kata pengguna Moze Herbs:



Kami ingin menegaskan disini bahawa produk Moze Herbs edaran kami tidak mempunyai bahan terlarang atau bahan berbahaya. Kajian makmal telah dilakukan & terbukti ia selamat untuk diamalkan. Keputusan ujian makmal seperti di bawah:

Dengan adanya ujian makmal di atas, anda boleh mengamalkan Moze Herbs tanpa rasa was-was. Malah kami telah menjual produk ini sejak tahun 2009 tanpa ada sebarang aduan mengenai kesan negatif. Ia adalah produk yang diyakini ramai.

Namun jika anda masih lagi ragu akan keberkesanan Moze Herbs, kami memberi jaminan pulangan wang 100% selama 30 hari tanpa soal jawab. Oleh itu anda boleh mendapatkan khasiat produk ini dengan fikiran yang tenang tanpa apa-apa risiko.

Bijak pandai ada mengatakan bahawa kesihatan adalah pelaburan paling penting dalam kehidupan. Wang & harta boleh dicari, tetapi kesihatan tidak dapat dijual beli. Moze Herbs boleh membantu mencegah atau merawat gout, sakit sendi, resdung, lemah badan sehingga kurang produktif dalam kerja, mengantuk waktu memandu & tidak bermaya melaksanakan aktiviti harian.

Jangan biarkan diri anda terbelenggu dengan masalah ini. Cubalah Moze Herbs hari ini. In Shaa Allah mujarab. Klik butang di bawah SEKARANG!

 http://www.mozeherbs.com/2016/01/usahawan-kami.html
Hak Cipta Terpelihara Truetech Group @2014. Rekaan dan konsep Laman Web: www.eStructureMedia.com.my